Friday 20 September 2013

MENGUJI KETULENAN EMAS MENGGUNAKAN GOLD DENSIMETER

Densimeter merupakan kaedah terbaik yang dapat memberikan nilaian dgn tepat, kosnya agak tinggi berbanding kaedah lain kerana menggunakan peralatan moden termasuklah penimbang elektronik. 

Biasanya hanya bank-bank pajakan seperti AgroBank dan Bank Rakyat sahaja menggunakan peralatan ini. Prinsip asas densimeter adalah mengukur ketumpatan emas, di mana ketumpatan emas tulen pada suhu bilik ialah 19.3g/cm3. Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai.

Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengangganggu bacaan.

TIPS: Penimbang elektronik boleh diubahsuai menjadi densimeter seperti foto di bawah.




Wednesday 28 August 2013

APAKAH ITU KOS UPAH EMAS ?


“Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? ”


Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli. Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada reka bentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit reka bentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 – RM300. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih dari itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Mari kita buat sedikit kiraan:

Andai kata anda ingin membeli cincin 916 2.00 gram di atas. Soalan biasa yang anda akan tanya adalah “Berapa harga emas segram?”.

Katakan harga emas ketika itu adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah:
RM 170 x 2 gram = RM 340 —>> Tapi tunggu !!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:
RM340 + RM50 = RM390.

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:
RM390 / 2 gram = RM 195 per gram!!

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.

Di GCP, kami hanya menjual emas dengan harga emas sahaja dan Tiada Kos Upah, Penghantaran Percuma, Mampu Milik dan Berpatutan.




Monday 26 August 2013

GOLDBAR GCP 1GRAM SEBAGAI HANTARAN & MASKAHWIN


Kebiasaannya Dinar GCP dijadikan pilihan sebagai hantaran maskahwin. Sebenarnya Gold Bar GCP 1g pun sesuai untuk tujuan tersebut.

Mulakan simpanan emas anda hari ini! Jadikan ia sebagai simpanan kalis inflasi anda yang pastinya berguna di masa akan datang! 

# Berminat untuk menjadi Authorised Dealer Emas & Perak boleh hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.





Tuesday 9 July 2013

KONSEP SIMPANAN EMAS YANG SEBENARNYA


Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan fiat anda, atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan membeli emas. 

Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu emas dalam bentuk dinar, syiling, bar dan jongkong. Barang kemas juga adalah emas fizikal yang boleh juga dijadikan simpanan tetapi sebaiknya pilihlah item yang ditawarkan dengan harga yang murah.

Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.

Emas sangat istimewa kerana :

1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga

3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.

4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya

5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi

6.Mudah untuk menukarkan kepada duit

7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya

Dapatkan lebih banyak TIPS DAN INFO berkaitan SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS dengan membaca ebook yang ditulis oleh seorang PAKAR dan MENTOR simpanan dan pelaburan emas iaitu Nor Fazilah Abd Mohd bertajuk : BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB di 
http://www.ebookemas.com/hop.php?ref=naemgold




Thursday 27 June 2013

HARGA EMAS 3 TAHUN LEPAS TELAH MUNCUL HARI INI


KEGAGALAN 3 Tahun LEPAS boleh di tebus hari ini...
Masa tak boleh berundur, tetapi harga EMAS dah mengundur.
Maka ambillah PELUANG dan RUANG ketika ia MASIH ADA hari ini...

Sejak semalam, harga emas telah mencecah harga terendah untuk tahun ini dan ini adalah harga emas pada tahun 2010.

28/06/2013
1200usd / oz

Para pelabur emas mula risau, tetapi penyimpan emas senyum sahaja. Sesiapa yang telah membaca ebook BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB tentu telah faham maksudnya.

Untuk yang belum memilikinya sila dapatkan e book BELAJAR ILMU EMAS DALAM 10 BAB di => http://www.ebookemas.com/hop.php?ref=naemgold

AMBIL KESEMPATAN SEKARANG KETIKA HARGA EMAS TURUN UNTUK GANDAKAN SIMPANAN EMAS ANDA!!!!

Dengan hanya dari RM168, ramai yang mampu memulakan SIMPANAN EMAS.

Harga Terkini emas GCP, hari ini 28 Jun 2013 hingga 4.30 petang
1. Goldbar GCP 1g : RM168
2. Gold bar 10g : RM1460
3. Dinar GCP (999.9) : RM631
4. Barang kemas 916 bermula dari RM129.25/g - RM135.29/g -harga mengikut berat (LEBIH berat LEBIH murah harga per gramnya)

Selepas 4.30 petang, harga akan berubah. Harga GCP berubah 2 kali sehari iaitu pada pukul 9.30 pagi dan 4.30 petang mengikut turun naik harga emas semasa dunia.

Harga terkini boleh di semak di:
http://gcp.com.my/senarai-penuh-harga.php

TEMPAH SEKARANG!!

Hubungi:
1. Talian 013-2122418 atau
2. PM 
www.facebook.com/NaemGoldJewellery

Penghantaran percuma dan tiada kos upah tukang !

Anda juga boleh buat tempahan sendiri secara online di
www.gcp.com.my. dengan mendaftar sebagai FREE MEMBER terlebih dahulu di link 
www.gcp.com.my?id=AD4568




Sunday 23 June 2013

Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan

Kali ini saya ingin menjelaskan mengenai simpanan emas fizikal dan akaun simpanan emas. Ramai orang yang keliru dan tidak tahu untuk memilih sama ada simpanan emas fizikal atau dengan membuka akaun simpanan emas untuk pelaburan mereka,
Antara soalan popular yang sering ditanya adalah " Saya nak minta pendapat, yang mana lebih baik untuk buat simpanan emas melalui akaun simpanan emas di bank atau emas fizikal ? "
Jawapannya :-
- Kalau nak harga murah lebih baik beli akaun simpanan emas sebab bank tak keluar kos untuk beli emas.
- Bank sediakan buku sahaja
- Bank jual murah-murah sahaja sebab emasnya tidak wujud.

Fakta tentang akaun simpanan emas :
1) Harga buku emasnya lebih murah dari harga emas sebenar kerana ia hanya ditulis di atas kertas berbanding emas sebenar yang boleh dipegang,dijual –beli,dipakai dan dipajak bila perlu.
2) Buku emas kalau hilang boleh ganti dengan buku baru.
3) Duit kita bank yang jaga dan gunakan sebagai modal bank berniaga.
4) Jika buku hilang boleh ganti dengan buku baru tapi jika duit dalam buku itu hilang bank tak ganti kerana tidak dilindungi PIDM.
5) Akaun simpanan emas (gold saving acc) Maybank/Public Bank/CIMB bank di bawah konvensional banking kerana tidak memenuhi syarat panel penasihat syariah bank.
6) Syarat untuk patuh syariah, beli emas mesti dapat emas, bukan beli emas dapat buku bank. Konvensional banking ini sebenarnya khas untuk menarik pengguna bukan islam yang takut dengan produk patuh syariah untuk beli buku emas ni. walaubagaimanapun bank tidak melarang orang Islam untuk beli produk yang tak patuh syariah ini.
p/s: Sebagai umat Islam sejati,anda dinasihatkan peka dengan halal haram serta menjauhi perkara yang shubhah dan gharar.
Jika nak jaga rezeki kita dari sumber yang halal dan patuh syariah, beli emas yang boleh dapat emas fizikalnya.




Fakta simpanan emas fizikal :
1) Kita beli emas dan dapat emas di tangan.Emas itu adalah emas fizikal yang bernilai tinggi.
2) Emas itu boleh menjadi penyelamat sewaktu sesak nak pakai duit. Gadaikan emas itu di arrahnu dan kita dapat duit segera. Bila ada duit nanti kita tebus balik.
3) Jika kita perlukan duit untuk berniaga, kita boleh gadaikan juga emas itu di arrahnu untuk dapatkan tunai segera buat bisnes. Hasil untung bisnes itu buat tebus emas itu di arrahnu. Bisnes dapat, emas pun dapat balik + untung pun dapat.
4) Anda boleh simpan sendiri emas tersebut, dan jual bila bila masa jika perlu, berbanding dengan akaun simpanan emas,urusan hanya boleh dilakukan hari dan waktu bekerja sahaja.
Bagaimana jika anda tiba-tiba memerlukan tunai?
5) Dengan emas fizikal,anda mempunyai banyak pilihan tempat untuk menjual iaitu end user,pengedar,syarikat emas mahupun kedai emas. Namun akaun simpanan emas,anda tiada pilihan lain melainkan jual pada pihak bank sahaja dengan susut nilai.
6) Bagi mereka yang menyimpan sambil meniaga,mereka boleh meniaga dengan ulang proses jual-beli-restock dan mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa had.
Kesimpulannya ialah apa sahaja pilihan anda,buatlah pilihan yang terbaik dan boleh menenangkan jiwa anda. Umat Islam akan merasa tenang apabila beroleh hasil dari sumber yang halal dan berkat.


Monday 10 June 2013

PELUANG DALAM PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK

Assalamualaikum...disini saya ingin berkongsi dan memberitahu berita baik tentang peluang untuk anda menjadi sebagai pengedar emas & perak keluaran Syarikat Goldcrest Pavillion (GCP).

Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?

-Mereka yang ingin berubah dari simpanan wang kertas (susut nilai) kepada simpanan wang yang sebenar  iaitu emas (kalis inflasi,tidak susut nilai dan pelindung kewangan)

-Mereka yang ingin menyimpan logam berharga sebagai penyimpan nilai yang baik menggantikan wang kertas yang peranannya cuma sebagai medium of exchange

-Mereka yang ingin membuat simpanan konsisten setiap bulan atau berterusan

-Mereka yang berminat untuk menyimpan sambil meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan

-Mereka yang ingin mengelakkan kebocoran kewangan dan ingin belajar bagaimana menarik kekayaan umpama magnet

-Mereka yang ingin lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan berbelanja dengan berhemah

-Mereka yang ada kesedaran mengenai hakikat wang kertas dan ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain.






Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :

 1.Individu yang mempunyai kerja tetap

-Tak ada masa nak buat bisnes lain. Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja. Hanya educate orang tentang emas. Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang. Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda.

2. Individu yang Anti MLM

-Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda  pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpan dan merangkap dealer, amat menyenangkan sebab semua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan. Jadi tak perlu nak cerita  panjang-panjang. Kadang-kadang  kesian dengan orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.

Tapi emas? Tak perlu...kerana semua orang sudah tahu emas adalah berharga...apa yang mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar, serta kepentingan emas. Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas) pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4.Surirumah

-Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa. Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5.Orang tua atau warga emas

-Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6.Pekerja swasta yang bergaji murah atau mahal

-Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7.Pelajar atau  anak-anak

-Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.

-Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas, guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram, hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas.

-Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

8.Individu yang masih bujang.

-Terutamanya lelaki, kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama, harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu. Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9.Individu yang minat emas.

-Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang. Ini sebenarnya tabiat yang baik, tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga, simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10.Individu yang ada perancangan meniaga

-Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda...
                                      


Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas, tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan  
Pendek kata..sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram.Siapa yang ada modal besar..bonus bagi anda.

Namun yang manakah lebih baik..modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?

Fikir-fikirkanlah..

Beli emas sebenarnya tak perlu modal,cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.




Kenapa memilih GCP ?

1) Modal kecil
-Ramai yang mampu bermula dengan modal serendah RM1k ini untuk mendapatkan harga borong yang murah untuk pengedar

2) Servis mantap dan bersistem
-Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.

3) Syarikat bumiputera Islam
-Jika kita boleh membeli produk non-muslim dan support mereka,why not support company muslim?Company muslim membayar zakat,untuk apa?Untuk meningkatkan ekonomi orang Islam juga.Asalkan emas,apa2 jenama pun boleh tetapi lebih afdhal kita menyokong syarikat orang Islam terlebih dahulu.

4) Harga pengedar yang murah
-Pengedar boleh dikatakan mendapat harga borong dan murah.Produk GCP tiada upah tukang.

5) Kos penghantaran percuma kepada pengedar dan pelanggan
-Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik.

6) Menyediakan bantuan modal dalam stok emas

7) Perkhimatan selepas jualan

8) Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa
-GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.

9) Insentif pengedar dan insentif bulanan
-Pengedar mendapat insentif dealer get dealer, insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

10) Seminar percuma
-GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar.

11) Personal coaching percuma secara online dan offline
-Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12) Bantuan pemasaran di media massa seperti akhbar dan majalah
-GCP semakin dikenali kebelakangan ini kerana sering masuk akhbar,dan ramai pengedar yang dapat masuk akhbar secara percuma.Jika inginkan ruang yang lebih,anda cuma perlu keluarkan modal yang minimum dan hasilnya anda juga akan semakin dikenali.  

13) Jaminan beli balik
-GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar, tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Banyak yang telah saya senaraikan, tapi tidak semuanya anda akan nampak sekarang, ada kelebihan-kelebihan yang hanya dapat dirasai selepas menjadi pengedar. Ia ibarat melalui fasa satu demi satu. Pengalaman melalui praktis amat sukar dicari dan tidak boleh dijual beli - university of life .

Kejayaan juga tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih.Sebaik anda mengambil langkah menjadi pengedar, anda telah pun berjaya. Definisi kejayaan adalah apa yang anda lakukan sekarang, bukan apa yang anda ada. Berkongsilah info tentang simpanan emas ini dengan niat untuk memberi kesedaran kepada  masyarakat, mulakan yang terdekat dengan anda, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Amiin...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

 (Riwayat Ibn an-Najjar)




Berminat Untuk menjadi Authorised Dealer GCP boleh mendaftar di Ruangan Daftar Pengedar atau boleh hubungi saya : 013-2122 418

Tuesday 4 June 2013

RANCANG PERSARAAN DENGAN EMAS

Emas jika disimpan dalam tempoh yang lama, harganya akan meningkat dan secara tidak langsung akan membantu menambah pendapatan apabila harganya semakin naik. Mungkin kita tidak mampu untuk membeli aset seperti rumah atau hartanah sebagai pelaburan kerana harganya yang terlalu mahal, tetapi kita boleh memulakan menyimpan dan membeli emas dengan kuantiti yang kecil mengikut kemampuan kita.

Dengan menambah simpanan emas sedikit demi sedikit, ia mungkin membantu kita setelah pencen nanti kerana wang pencen tidak sebanyak wang gaji ketika dalam perkhidmatan dahulu. Simpanan emas yang terkumpul setidak-tidaknya boleh digunakan untuk menampung kekurangan tersebut.

Mungkin masih ramai di luar sana, sama seperti saya sebelum ini, tidak kisah langsung mengenai simpanan emas. Jangan jadi seperti saya yang terlalu lambat untuk mengambil tindakan membeli dan menyimpan emas. Bagi yang baru bekerja, tak perlu takut untuk membeli dan menyimpan emas. Anda cuma perlu membeli emas dari sebahagian gaji yang diterima atau menukarkan duit yang anda simpan kepada emas.

Dengan menyimpan dan berniaga emas secara tidak langsung kita dapat beribadah kerana apabila cukup masa dan kuantitinya, kita boleh menunaikan salah satu rukun islam iaitu membayar zakat. Bukan sahaja di dunia kita mendapat untung tetapi di akhirat juga kita dapat ganjarannya.


Kredit : ARB Dagang Emas


H/P : 013-2122418
www.facebook.com/NaemGoldJewellery






Monday 3 June 2013

Tunggu Peluang atau Ambil Peluang ?


Masa itu emas. Emas itu berharga. Jelas maksudnya sekarang.

Apabila kita bertindak hari ini, kita mempunyai satu peluang untuk mempunyai aset yang bernilai tinggi pada tahun 2020. Bayangkan kita membeli sekurang-kurangnya 1 gram emas pada harga RM188 hari ini.

Pada tahun 2020, ia mungkin boleh dijual pada harga RM503.

Jumlah keuntungan kita untuk 1 gram sahaja adalah RM315.

Bagaimana pula dengan mereka yang membeli lebih daripada 1 gram emas?
Berapakah nilai untung yang bakal diperoleh pada tahun 2020?

Justeru itu, tanya diri kita hari ini. Adakah kita mahu mengambil peluang sekarang? Atau mahu menunggu datangnya peluang yang lebih baik esok hari? Di mana peluang itu masih kabur-kabur dan tidak menentu.

Jawapan yang terbaik untuk melabur pada emas daripada jutawan Azizi Ali,

“Beli emas apabila sudah mempunyai modal. Kerana harganya akan sentiasa meningkat. Kita tidak akan rugi besar dalam pelaburan emas.”

Jika kita sanggup untuk menyimpan RM2,100 bagi membeli iPhone 4S hari ini, yang hanya menjanjikan keseronokan sementara. Adalah lebih baik kita mengumpul sedikit wang, untuk membeli emas bagi dijadikan aset, bagi menjadi lebih kaya dan bahagia.

Sesungguhnya, nilai kekayaan itu terletak pada bagaimana kita menguruskan wang dan harta. Langkah pertama menguruskan wang adalah dengan melabur terhadap aset yang menguntungkan.

Aset itu pula… Tidak lain tidak bukan, adalah emas.

Mulakan pelaburan emas hari ini. Supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Kredit : Page Goldcrest Pavillion



Info ini dibawakan oleh GCP-ur Trusted Brands

Peneraju Emas Mampu Milik Bumiputra Muslim 100%

Laman Web Rasmi : www.gcp.com.my

Anda berminat nak tahu lebih lanjut ?

Hubungi segera :

H/P: 013-2122418
www.facebook.com/NaemGoldJewellery

Wednesday 29 May 2013

Musim Memborong Emas

Habis semua negara memborong emas diwaktu murah. Tu belum kira rakyat2 nya. Kita bila lagi. Ini bukan masanya nak beli sikit2... 
Ini masanya nak memborong! 

Lindungi nilai wang dengan emas dan perak...

-Russia bought 269,000 oz last month.
-Kazakhstan added 85,000 oz.
-The Republic of Azerbaijan bought 32,000 oz.
-Brazil added 1.7 tons.
-Ukraine added some 2.4 ton.
-Paraguay added 7.5 tons.
-Taiwan purchased 0.9 ton.
-South Korea was a big buyer, with central bank purchases adding 16 tons of Gold.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...