Friday 20 September 2013

MENGUJI KETULENAN EMAS MENGGUNAKAN GOLD DENSIMETER

Densimeter merupakan kaedah terbaik yang dapat memberikan nilaian dgn tepat, kosnya agak tinggi berbanding kaedah lain kerana menggunakan peralatan moden termasuklah penimbang elektronik. 

Biasanya hanya bank-bank pajakan seperti AgroBank dan Bank Rakyat sahaja menggunakan peralatan ini. Prinsip asas densimeter adalah mengukur ketumpatan emas, di mana ketumpatan emas tulen pada suhu bilik ialah 19.3g/cm3. Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai.

Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengangganggu bacaan.

TIPS: Penimbang elektronik boleh diubahsuai menjadi densimeter seperti foto di bawah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...