KELEBIHAN PENGEDAR



SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP


TERMA DAN SYARAT PENGEDAR SAH 

1) PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA,AMLA,Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.

2) PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh GCP.

3) PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram.

4) PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun GCP.

5) PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP/resit GCP/Logo GCP untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan GCP.

6) PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik GCP pada setiap masa.

7) Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak GCP berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.

8) Pihak GCP TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia.Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

9) Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak GCP berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan,dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah GCP tanpa alasan yang munasabah.

10) Pihak GCP tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak GCP hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.

11) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN 

1) Penghantaran produk terus kepada PENGEDAR adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak GCP. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran, produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak GCP.

2) Penghantaran produk terus kepada PELANGGAN seperti yang diarahkan oleh Pengedar adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pengedar. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran Produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.

3) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat penghantaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.


FAEDAH MENJADI PENGEDAR 

NO.SYARIKAT:851237-K 

Dengan caj Pengedar RM1000 seumur hidup, pengedar akan dapat:-

1) Membeli emas dengan harga rendah.

1.1 HARGA RANTAI TANGAN & GOLD BAR GCP 999.
       Diskaun 8% daripada harga Pelanggan

1.2 HARGA DINAR GCP 999.9
      Diskaun RM30.00 daripada harga Pelanggan

1.3 HARGA EMAS 916  - Diskaun 4% daripada harga pelanggan

1.4 HARGA SILVER BAR GCP
      Diskaun 8% daripada harga Pelanggan

1.5 HARGA GOLD BAR / JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
       Tambah 1.5% daripada harga Loco London / harga MKS

2) Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar)

3) Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.

4) Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% hingga 25% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 15% (mengikut jenis/berat produk) daripada harga pengedar (Harga DP) semasa.

Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

5) Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

6) Perkhidmatan penghantaran.
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP:

6.1- Berat emas 500g ke bawah Penghantaran melalui POS Percuma.
6.2- Berat emas 500 ke atas penghantaran serahan tangan percuma.
6.3- Jika pengedar meminta penghantaran serahan tangan bagi berat emas kurang 500g, pengedar akan dikenakan caj penghantaran antara RM50 hingga RM300 mengikut jarak / kawasan penghantaran.
6.4- Penghantaran bagi Silver Bar SAHAJA  (tidak bersama emas) akan dikenakan caj penghantaran minima RM15 atau mengikut caj yang dikenakan oleh syarikat penghantaran.

7) Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:

7.1- Mencuci emas (percuma)
7.2- Mencelup emas (kos minima)
7.3- Menilai harga emas terpakai (percuma)
7.4- Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

8) PERCUMA Kursus Usahawan emas- Training Of Trainers (TOT)
Pada setiap hari Rabu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

9) Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-

9.1- Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
9.2- Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai     tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

10) Bantuan Modal utk pemasaran:
    10.1) Seminar anjuran Pengedar- 100% kos perbelanjaan diberi oleh GCP.
    10.2) Gerai Jualan (Booth) - 50% kos perbelanjaan  diberi oleh GCP.
    10.3) Iklan di Akhbar dan Majalah - 95% kos diberi oleh GCP
    10.4) Iklan di Radio- 50% kos perbelanjaan diberi oleh GCP

11) 100 keping kad perniagaan dan 1 keping id tag.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (untuk dapatkan id tag dan kad perniagaan PERCUMA)
11.1- Satu salinan kad pengenalan
11.2- Dua keping gambar ukuran passport
11.3- Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
Email dokumen kepada cik siti fatimah : admin@gcp.com.my 

12) Insentif Jualan tertinggi dan pengenal tertinggi.


13) Sekiranya anda hendak menjual kembali emas yang dibeli dari GCP pastikan beserta dengan resit GCP(lihat harga KAMI BELI).

14)Bagi produk emas rekaan terkini, belian semula mengikut harga emas terpakai beserta dengan resit GCP.

15)Bagi produk silver bar,belian semula dari pengedar mengikut harga KAMI BELI beserta dengan resit GCP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...