Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
mohdazam@hmetro.com.my
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
TIGA
tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya
‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah,
ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada
orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan
syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang
hanya mencuri duit orang ramai.
PERIKSA…pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.
BANGGA…Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.
Walaupun
banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran
menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali,
34,
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
Dengan
modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah
nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini
Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh
meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya
bergelar antara jutawan Bumiputera.
Menceritakan
bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan
pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru,
Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya
bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan
bagi mencari duit lebih.
“Gaji
diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung
perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.
“Jadi,
saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu
mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak
seberapa.
“Selain
tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja,
melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi
semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.
Dalam
tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan,
Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran
membuka restoran makanan sendiri pada 2006.
Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.
“Sebenarnya
sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk
tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.
“Untung
memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada
pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah,
terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas
berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.
Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.
“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.
“Selama
setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan
berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari
bukan senang menjadi nelayan.
“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.
Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya.
Bagaimanapun,
tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi
dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya
daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya.
“Sebenarnya,
sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang
masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya
dijual kepada pelanggan.
“Akhirnya,
saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu
terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit
dalam perniagaan emas.
“Ketiga-tiga
ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah
puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.
Namun,
Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu
ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong
niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.
“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya.
“Namun
kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah
RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.
Ternyata
percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh
sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.
Keuntungan
diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih
banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia
memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.
Menurut
Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia
puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna
seseorang itu akan gagal selama-lamanya.
Bagi
berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar
menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang
ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP
Pavilion.
“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.
“Ini
kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan
walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,”
katanya.
Shamsul
berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas
sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut
nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.
Kerana
itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur
dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan
walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan
kepada kadar mata wang sesebuah negara.
Bagaimanapun,
bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif
negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung
kepada duit sebagai aset simpanan.
kepada duit sebagai aset simpanan.
“Ini
yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai
antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.
“Masyarakat
lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak
seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya
duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,”
katanya.
Shamsul
berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya
kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem
pelaburan
emas.
emas.
“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.
“Emas
adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana
atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika
mengalami masalah kewangan.
“Kami
mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan
individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami
membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan
menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
Menjelaskan
potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga
yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan
barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang
terbaik.
Sumber : Metro Ahad, 27 April 2012
Untuk mendaftar sebagai dealer sila rujuk link:http://www.gcp.com.my/
PROMOSI
PENDAFTARAN PENGEDAR HANYA RM1000 YURAN SEUMUR HIDUP SAHAJA.YURAN
KEAHLIAN AKAN BERUBAH SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.SEBARANG PERTANYAAN SILA
HUBUNGI BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN:NURUL HIDAYU BINTI MUHAIYAN 013 - 318 0447.
Daftar sekarang untuk menikmati harga dealer dengan lebih murah berbanding harga pelanggan.
Harga DEALER:
EMAS 999: 8%
EMAS 916: 4%
UNTUK MENDAFTAR SILA MASUKAN ID: AD4568
ATAU NAMA PENGENAL(REFERANCE): MOHD NAIM
''TUKAR WANG DENGAN EMAS''
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN
SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN
No comments:
Post a Comment