Tuesday 4 June 2013

RANCANG PERSARAAN DENGAN EMAS

Emas jika disimpan dalam tempoh yang lama, harganya akan meningkat dan secara tidak langsung akan membantu menambah pendapatan apabila harganya semakin naik. Mungkin kita tidak mampu untuk membeli aset seperti rumah atau hartanah sebagai pelaburan kerana harganya yang terlalu mahal, tetapi kita boleh memulakan menyimpan dan membeli emas dengan kuantiti yang kecil mengikut kemampuan kita.

Dengan menambah simpanan emas sedikit demi sedikit, ia mungkin membantu kita setelah pencen nanti kerana wang pencen tidak sebanyak wang gaji ketika dalam perkhidmatan dahulu. Simpanan emas yang terkumpul setidak-tidaknya boleh digunakan untuk menampung kekurangan tersebut.

Mungkin masih ramai di luar sana, sama seperti saya sebelum ini, tidak kisah langsung mengenai simpanan emas. Jangan jadi seperti saya yang terlalu lambat untuk mengambil tindakan membeli dan menyimpan emas. Bagi yang baru bekerja, tak perlu takut untuk membeli dan menyimpan emas. Anda cuma perlu membeli emas dari sebahagian gaji yang diterima atau menukarkan duit yang anda simpan kepada emas.

Dengan menyimpan dan berniaga emas secara tidak langsung kita dapat beribadah kerana apabila cukup masa dan kuantitinya, kita boleh menunaikan salah satu rukun islam iaitu membayar zakat. Bukan sahaja di dunia kita mendapat untung tetapi di akhirat juga kita dapat ganjarannya.


Kredit : ARB Dagang Emas


H/P : 013-2122418
www.facebook.com/NaemGoldJewellery






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...