Monday 10 June 2013

PELUANG DALAM PERNIAGAAN EMAS DAN PERAK

Assalamualaikum...disini saya ingin berkongsi dan memberitahu berita baik tentang peluang untuk anda menjadi sebagai pengedar emas & perak keluaran Syarikat Goldcrest Pavillion (GCP).

Siapa yang harus menjadi pengedar GCP?

-Mereka yang ingin berubah dari simpanan wang kertas (susut nilai) kepada simpanan wang yang sebenar  iaitu emas (kalis inflasi,tidak susut nilai dan pelindung kewangan)

-Mereka yang ingin menyimpan logam berharga sebagai penyimpan nilai yang baik menggantikan wang kertas yang peranannya cuma sebagai medium of exchange

-Mereka yang ingin membuat simpanan konsisten setiap bulan atau berterusan

-Mereka yang berminat untuk menyimpan sambil meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan

-Mereka yang ingin mengelakkan kebocoran kewangan dan ingin belajar bagaimana menarik kekayaan umpama magnet

-Mereka yang ingin lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan dan berbelanja dengan berhemah

-Mereka yang ada kesedaran mengenai hakikat wang kertas dan ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikannya kepada orang lain.






Kategori individu yang sesuai menyimpan/meniaga emas :

 1.Individu yang mempunyai kerja tetap

-Tak ada masa nak buat bisnes lain. Bisnes emas ini hanya memerlukan anda rajin bercerita sahaja. Hanya educate orang tentang emas. Apa yang penting ilmu anda sendiri tentang emas perlu mantap. Once mereka sudah jelas,memudahkan anda kerana biasanya belian berulang. Ia boleh dilakukan secara sambilan tanpa menjejaskan tugas tetap anda.

2. Individu yang Anti MLM

-Tak suka nak cari-cari orang(downline).Jika anda  pelabur/penyimpan..simpan sahaja dah untung,tak perlu buat apa-apa.
Jika anda adalah penyimpan dan merangkap dealer, amat menyenangkan sebab semua orang dah tahu emas berharga dan menguntungkan. Jadi tak perlu nak cerita  panjang-panjang. Kadang-kadang  kesian dengan orang yang jual barang-barang terutamanya produk MLM. Macam-macam mereka  terpaksa cerita dan buat untuk tarik pembeli.

Tapi emas? Tak perlu...kerana semua orang sudah tahu emas adalah berharga...apa yang mereka tak tahu ialah sebab perlu simpan emas dan bagaimana nak generate emas tak kira modal kecil atau besar, serta kepentingan emas. Konsep convert money to gold (tukarkan wang kertas kepada emas) pun perlu dijelaskan.

3.Individu  yang hendak menambah/mempelbagaikan portfolio pelaburan dan pendapatan

4.Surirumah

-Boleh jadi back up kalau berlaku apa-apa. Ia bertindak sebagai pelindung kewangan anda di saat memerlukan.

5.Orang tua atau warga emas

-Senang hendak  pergi haji atau back up di hari tua.Maklum sahaja sebab banyak sekali kes anak buang ibu bapa sekarang,jadi dengan simpanan emas anda telah pun melakukan tindakan yang bijak sebagai salah satu sumber di kala memerlukan nanti.

6.Pekerja swasta yang bergaji murah atau mahal

-Rancang  untuk masa depan anda bagi memastikan kewangan lebih baik

7.Pelajar atau  anak-anak

-Sebagai tabungan pendidikan dan insurans.

-Ramai pelajar sekarang sudah  celik emas, guna PTPTN untuk beli dinar dan gold bar 1 gram, hasil berjimat cerma dan kesedaran mengenai emas.

-Ibubapa yang menyimpan emas untuk anak-anak mereka dari kecil,sudah tidak memerlukan pinjaman PTPTN pada masa akan datang.

8.Individu yang masih bujang.

-Terutamanya lelaki, kerana semasa kahwin nanti sekiranya anda simpan lama, harga emas waktu anda hendak kahwin sudah tinggi berbanding yang anda beli dahulu. Sekarang juga dah jadi trend memberikan dinar sebagai mas kahwin dan gold bar sebagai hantaran.

9.Individu yang minat emas.

-Ada yang simpan hanya sebab minat dengan keindahan emas dan seolah-olah ketagih membeli emas bila ada peluang. Ini sebenarnya tabiat yang baik, tapi janganlah semua simpanan anda ditukarkan dalam bentuk logam berharga, simpan sebahagian dalam bentuk cash untuk keperluan kecemasan dan pertukaran on the spot untuk membeli barang dan sebagainya.

10.Individu yang ada perancangan meniaga

-Bagi mereka yang ingin meniaga pada masa akan datang bolehlah mula menyimpan emas ,kerana ia boleh dijadikan modal perniagaan anda,sama ada anda mencagarnya di bank atau menjual emas tersebut.Pilihan di tangan anda...
                                      


Ada orang yang tidak ada sebab khusus kenapa menyimpan/meniaga emas, tapi kerana minat dan jadi macam hobi pula mengumpul emas.Yang pasti ianya hobi yang menguntungkan  
Pendek kata..sesuai untuk semua individu simpanan emas ini.

Mulakan pelaburan anda walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram.Siapa yang ada modal besar..bonus bagi anda.

Namun yang manakah lebih baik..modal kecil tetapi sudah bermula atau langsung tidak bermula sebab nak tunggu modal besar?

Fikir-fikirkanlah..

Beli emas sebenarnya tak perlu modal,cuma tukarkan simpanan sedia ada anda sebahagiannya dalam bentuk emas.




Kenapa memilih GCP ?

1) Modal kecil
-Ramai yang mampu bermula dengan modal serendah RM1k ini untuk mendapatkan harga borong yang murah untuk pengedar

2) Servis mantap dan bersistem
-Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.

3) Syarikat bumiputera Islam
-Jika kita boleh membeli produk non-muslim dan support mereka,why not support company muslim?Company muslim membayar zakat,untuk apa?Untuk meningkatkan ekonomi orang Islam juga.Asalkan emas,apa2 jenama pun boleh tetapi lebih afdhal kita menyokong syarikat orang Islam terlebih dahulu.

4) Harga pengedar yang murah
-Pengedar boleh dikatakan mendapat harga borong dan murah.Produk GCP tiada upah tukang.

5) Kos penghantaran percuma kepada pengedar dan pelanggan
-Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik.

6) Menyediakan bantuan modal dalam stok emas

7) Perkhimatan selepas jualan

8) Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa
-GCP sentiasa ada kejutan produk dan penambahan produk dari semasa ke semasa.Tidak mustahil nanti,pelbagai design akan muncul maka beruntunglah mereka yang merebut peluang sekarang kerana kos menjadi pengedar pada masa akan datang mungkin lebih tinggi.

9) Insentif pengedar dan insentif bulanan
-Pengedar mendapat insentif dealer get dealer, insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

10) Seminar percuma
-GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar.

11) Personal coaching percuma secara online dan offline
-Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12) Bantuan pemasaran di media massa seperti akhbar dan majalah
-GCP semakin dikenali kebelakangan ini kerana sering masuk akhbar,dan ramai pengedar yang dapat masuk akhbar secara percuma.Jika inginkan ruang yang lebih,anda cuma perlu keluarkan modal yang minimum dan hasilnya anda juga akan semakin dikenali.  

13) Jaminan beli balik
-GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar, tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Banyak yang telah saya senaraikan, tapi tidak semuanya anda akan nampak sekarang, ada kelebihan-kelebihan yang hanya dapat dirasai selepas menjadi pengedar. Ia ibarat melalui fasa satu demi satu. Pengalaman melalui praktis amat sukar dicari dan tidak boleh dijual beli - university of life .

Kejayaan juga tak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih.Sebaik anda mengambil langkah menjadi pengedar, anda telah pun berjaya. Definisi kejayaan adalah apa yang anda lakukan sekarang, bukan apa yang anda ada. Berkongsilah info tentang simpanan emas ini dengan niat untuk memberi kesedaran kepada  masyarakat, mulakan yang terdekat dengan anda, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Amiin...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

 (Riwayat Ibn an-Najjar)




Berminat Untuk menjadi Authorised Dealer GCP boleh mendaftar di Ruangan Daftar Pengedar atau boleh hubungi saya : 013-2122 418

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/5-tips-mudah-bangun-pagi-lebih-awal.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/8-alasan-lebih-baik-punya-di-apartemen.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/tak-suka-minum-air-nyawa-wanita-cantik.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...